Sekitar Masjid Nabawi (di Madinah al-Munawarah):

Sabda Rasulullah s.a.w. (hadis riwayat Al-Sahihaini daripada Abu Hurairah) yang bermaksud:
"Sembahyang di masjidku (Masjid Nabawi) ini pahalanya adalah seperti seribu sembahyang di tempat lain melainkan di Al-Masjid Al-Haram. Berpuasa sebulan Ramadan di Madinah adalah seumpama berpuasa seribu bulan di tempat lain dan sembahyang Jumaat di Masjid Madinah adalah seumpama seribu kali sembahyang Jumaat di tempat lain."

Sebaiknya perlu berada di Madinah selama lapan atau sembilan hari, supaya dapat solat berjemaah di Masjid Nabawi sebanyak 40 waktu berturut-turut tanpa tertinggal walaupun satu waktu.

 

Sila klik untuk pembesaran imej

Masjid Nabawi di siang hari. Makam Rasullullah s.a.w. di kawasan kubah hijau.

Sila klik untuk pembesaran imej

Payung di Masjid Nabawi berperanan melindungi jemaah daripada panas dan hujan.

Sila klik untuk pembesaran imej

Pemandangan Masjid Nabawi di  waktu malam.

Sila klik untuk pembesaran imej

Perkuburan Baqi' terletak  berhadapan Masjid Nabawi.

Sila klik untuk pembesaran imej

Pemandangan dari sisi kawasan perkuburan Baqi'.

Sila klik untuk pembesaran imej

Pemandangan kawasan dalam Masjid Nabawi.

Sila klik untuk pembesaran imej

Raudhah (tempat yang tiang-tiangnya berwarna putih) merupakan tempat doa' mustajab. Nabi Muhammad s.a.w. menyatakan sebagai "satu taman daripada taman-taman syurga".

Sila klik untuk pembesaran imej

Mihrab tempat Rasulullah s.a.w. mendirikan solat sebagai imam.

Sila klik untuk pembesaran imej

Mimbar Masjid Nabawi.

Sila klik untuk pembesaran imej

Makam Nabi Muhammad s.a.w. disunatkan mengucap salam dan berdoa'.

Sabda Rasulullah s.a.w.,:

"Sesiapa menziarahi kuburku patutlah ia mendapat syufaatku."

(Hadis riwayat Al-Bazzar dan Ad-Daru Qutni).

 

Sila klik untuk pembesaran imej

Makam Rasulullah s.a.w., Syaidina Abu Bakar as-Siddiq r.a. dan Syaidina Umar al-Kahatab r.a. Sunat mengucap salam dan berdoa'.


Sebahagian besar foto-foto diperolehi daripada Islamic Gallery Sight n Sound Of Islam.


[arkib-masjid]

[kutubkhanah serangga]