MENGKUDU
Mengkudu (Morinda tinctoria; Morinda citrifolia) boleh dijadikan jus untuk diminum. Buah mengkudu dikenali dengan pelbagai nama mengikut negara. Contohnya "Noni" (Hawaii, Polynesia); "Nono" (Tahiti); "Lada" (Guam); "Indian Mulberry" (India); "Painkiller tree" (Kepulauan Caribbean); "Nhau" (Sebahagian di Asia Tenggara); "Cheesefruit" (Australia); "Bumbo" (Afrika) dan ""Kura" (Fiji). Mengkudu mengandungi bahan "xeronine". Dr. Ralph M. Heninicke, Ahli Biokimia, University of Hawaii, Amerika Syarikat merupakan perintis kajian buah mengkudu selama 45 tahun. Beliau menemui kompoun alkoloid "proxeronine" dalam buah mengkudu secara tidak sengaja ketika mengkaji enzime "bromelin" dalam buah nenas. Kandungan "proxeronine" dalam buah mengkudu adalah 800 kali berbanding paras yang terdapat dalam buah nenas. Jadi, buah mengkudu amat berguna kepada kesihatan manusia. Buah mengkudu mengandungi zat pencetus "xeronine" yang dipanggil sebagai "proxeronine" di samping terdapat enzim yang membantu "proxeronine" membentuk "xeronine". Kepentingan xeronine:
Mengkudu juga kaya dengan bahan anti-oksidan iaitu membantu melambatkan proses penuaan. Biasanya buah mengkudu dipetik dan diperam di atas garam, atau di dalam beras. Apabila sudah masak ia boleh dimakan begitu sahaja. Ianya juga boleh dicampur dengan gula untuk dimakan. Penggunaan buah mengkudu di Indonesia sebagai bahan "buah rojak" yang dimakan bersama-sama kuah rojak atau dicampur dengan buah-buahan lain sebagai rojak. Buah mengkudu boleh memulih sel atau tisu rosak, sekali gus melambatkan proses penuaan, di samping berguna bagi penyakit kencing manis, sengal sendi dan tekanan darah tinggi. Daun mudanya boleh digunakan sebagai sayuran atau dimakan sebagai ulaman. Daunnya jika direbus boleh menyihatkan ibu yang baru bersalin. Kulitnya berguna bagi mengubati penyakit Malaria dan disentri. Bunga mengkudu boleh digunakan untuk merawat penyakit mata. Akar mengkudu berguna bagi mengubati penyakit buasir, hidung tersumbat dan pendarahan otak. Antara khasiat buah mengkudu:
Jus mengkudu yang telah dibotolkan dijual sehingga lebih RM90.00 untuk 500 ml. Justeru itu, mengkudu boleh digunakan sebagai bahan awet muda. Mungkin juga boleh berfungsi sebagai rawatan menguatkan tenaga batin.
Rujukan: Abdul Jalil Ishak, Jus mengkudu boleh pulih lemah tenaga batin. Malaysia's mengkudu may go places. Advertorial: HealthToday. Vol. 3, No. 5. Sept/Oct '99. Malaysia. www.healthtoday.net <www.healthtoday.net>. Kemaskini 06 Oktober 2000. |